Sensasi Terkini Viral

Doktor Wanita Cantik Tular Kerana Tolong Mat Rempit Kemalangan

Sikap prihatin dan tanggungjawab seorang  doktor wanita menjadi bualan hangat netizen hari ini apabila dia memberi bantuan kecemasan kepada seorang mat rempit yang mengalami kemalangan di tepi jalan raya.

Kisah ini menjadi tular apabila rakan kepada mangsa, Muhammad Aizuddin yang berada di tempat kejadian memuat naik gambar dan posting penghargaan untuk doktor yang itu di Facebooknya.

“‘Respect’ kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap ‘tak apa, saya tunggu ambulans sampai’.

“Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. ‘Gentle’ gua respect,” tulisnya di Facebook.

Doktor yang dikatakan memiliki rupa paras yang cantik tersebut ‘dihujani’ pujian daripada netizen kerana menunaikan tanggungjawabnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Tetapi berbeza pula dengan Muhammad Aizuddin yang dikecam sebahagian netizen kerana dikatakan bersifat perkauman dan sanggup memburukkan bangsa sendiri demi menjadikan posting itu tular.

Muhammad Aizuddin akhirnya tampil membuat posting balas dengan meminta maaf kepada umum sekiranya ramai tersalah anggap niat dia menulis status berkenaan. –KLICK.MY