Sensasi Terkini Viral

Doktor Terkejut Ketika Buat Imbasan, Bayi Dalam Kandungan Bertepuk Tangan

Ibu mengandung pada zaman serba canggih ini boleh dikira bertuah kerana dapat melihat wajah dan gelagat anak mereka di dalam rahim.

Dengan teknologi yang semakin berkembang, bukan perkara mustahil untuk melihat apa sahaja yang tidak nampak dek mata kasar.

Sudah menjadi kebiasaan buat wanita yang hamil membuat imbasan untuk menentukan jantina anak dalam kandungan. Baru-baru ini sepasang suami isteri melakukan imbasan bagi melihat bayi mereka.

Doktor yang melakukan imbasan atau ultra scan gauge (USG) terkejut melihat apa yang telah berlaku. Dia tidak menyangka dapat melihat sesuatu yang jarang atau satu dalam sejuta reaksi dan gelagat bayi dalam rahim.

Melihat bayi bergerak-gerak dalam USG adalah perkara biasa. Namun bayi yang ada dalam rahim wanita ini bukan sahaja bergerak tetapi bertepuk tangan.

Dalam video yang dimuat naik oleh NTD Television, jelas kelihatan kedua-dua tangan bayi berkenaan seolah-olah bertepuk tangan. Saat melihat bayi mereka bertepuk tangan lantas si ibu dan ayah menyanyikan lagu berbunyi;

“If you’re happy and you know it clap your hands…if you’re happy and you know it clap your hands…” (Jika kamu bahagia dan kamu mengetahuinya, tepuklah tangan).

Video yang berdurasi selama 31 saat ini ditonton seramai 2.9 juta orang. Seakan-akan sesuatu yang ajaib apabila melihat bayi yang masih dalam rahim mampu melakukan aksi sedemikian.-KLICK.MY

Tag