Sensasi Terkini Viral

Doktor Terkejut Hasil Imbasan, Gunting Bedah Dalam Perut Pesakit!

Seorang lelaki mangsa kemalangan bernama Ma Van Nhat dari Vietnam telah mengejutkan doktor apabila terdapat senjata tajam di dalam perutnya.

Akibat kemalangan, Ma Van berasa pening namun tubuhnya tidak cedera. Bimbang ada kecederaan dalaman, dia mengambil keputusan untuk pergi ke hospital. Keputusannya itu menyelamatkan nyawanya.

Menurut Ma Van, dia sakit di sekitar perutnya walaupun sudah diberi ubat tahan sakit. Manakala doktor pula mengesyaki dia mengalami gastrik.

Selepas beberapa ujian dijalankan dan hasilnya negatif, mereka ambil keputusan untuk melakukan imbasan ultrasound ke atas perutnya.

Hasil daripada imbasan tersebut, menunjukkan ada benda tajam yang terletak di sebelah kiri perutnya. Kemudian imbasan kali kedua dilakukan beberapa minggu kemudian dan hasilnya sama.

Imbasan tersebut menujukkan sebilah gunting bedah berukuran 6 inci yang terletak di usus besarnya. Untuk melihatnya dengan lebih jelas, doktor mengambil x-ray.

Menurut Ma Van, dia pernah menjalani pembedahan pada 18 tahun yang lalu. Pada tahun 1998, dia pernah kemalangan dan dibawa ke Hospital Besar Bac Kan.

Setelah disiasat, rupa-rupanya ketika pembedahan, doktor secara tidak sengaja tertinggal gunting di dalam perutnya.

Setelah mengetahui cerita sebenar, sekumpulan pakar dari Hanoi telah pergi ke wilayah Nguyen, Thailand untuk pembedahan kecemasan ke atas Ma Van bagi mengeluarkan gunting tersebut.

Pembedahan berjalan selama tiga jam dibantu oleh seorang pakar bedah tempatan dan akhirnya gunting tersebut berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melancarkan siasatan penuh ke atas Hospital Besar Bac Kan untuk mencari pakar bedah yang bertanggungjawab meninggalkan gunting dalam perut pesakit.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit masalah untuk menyelesaikan masalah ini kerana rekod perubatan dilupuskan setiap 15 tahun di kebanyakan hospital di Vietnam. –KLICK.MY