Sensasi Terkini Viral

Doktor Pakar Bedah Hempas Pulas Baiki Wajah Wanita

Seorang wanita dari China yang mempunyai wajah cacat bakal mendapat kehidupan baru apa sekumpulan doktor pakar sudi ‘membaiki’ semula wajahnya yang telah rosak

Wanita yang dikenali dengan nama samaran, Ye Ly Zi, bersyukur dan gembira dengan perkembangan terbaharu itu.

Wajahnya telah rosak dan dia kehilangan hampir separuh wajahnya akibat komplikasi demam panas ketika dia berusia dua tahun. Malah, jari kanannya juga rosak. Setelah dewasa, dia menghadapi kesukaran untuk makan dan bercakap.

Kos pembedahan bagi membetulkan kembali wajahnya mencecah ratusan ribu ringgit . Dia memuat naik kisahnya di Facebook dan mendapat simpati daripada netizen. Malah kisahnya itu juga mendapat perhatian pakar perubatan sehinggalah mereka sudi membantu.

Seorang pakar bedah ortopedik terkenal dari Hospital Shanghai akhirnya akan mengetuai pasukan untuk membina semula wajahnya dengan mengumpul doktor berwibawa dari pembedahan mulut, pembedahan oral-craniomaxillofacial dan disiplin lain dalam hospital.

Pelan perintis melibatkan pengambilan flap fascial dari saluran darah pada paha wanita ini dan kemudian menanam pada bahagian dadanya.

Wajah wanita tersebut akan ‘ditanam’ menggunakan teknik pengembangan tisu. Untuk memulakan, doktor juga menggunakan teknologi percetakan 3D dalam mewujudkan model bersaiz wajah pesakit.

 

Menurut Dr.Qingfeng, prosedur itu melibatkan empat peringkat yang akan meliputi kira-kira setahun. Pemulihan penuh mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun.

Semoga wanita ini dapat mengecapi kehidupan yang diidam-idamkan selama ini.-KLICK.MY