Hiburan

Dituduh Mahu Pikat Syed Saddiq, Emma Maembong Cerita Hal Sebenar

MASIH belum reda para artis dituduh ‘lalang’ oleh netizen kerana baru sekarang mereka menunjukkan tanda sokongan secara terang-terangan kepada Tun Mahathir, Emma Maembong pula dituduh cuba pikat Syed Saddiq.

Tuduhan tersebut bermula apabila pelakon Kimchi Untuk Awak ini memuat naik video boomereng bersama Ahli Parlimen Muar berkenaan di Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun Emma bertindak menutup ruangan komen pada video berkenaan selepas menerima kecaman.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani, 26, dia menyangkal tuduhan itu dan berkata, dia sudah mengenali serta berkawan baik dengan Syed Saddiq sejak dua tahun lalu.

“Orang cakap saya nak try (pikat) Syed Saddiq selepas saya memuat naik gambar bersama dia beberapa hari lalu.

“Mereka sepatutnya periksa Instagram saya dari dulu kerana dulu pun saya pernah memuat naik foto dia dan dia juga ada datang pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya,” ujarnya memetik mStar Online.

Tambah Emma, perkenalannya dengan ahli parlimen itu bermula kerana pembantu peribadinya terlalu meminati pemuda itu.

Emma kemudian menghubungi Syed Saddiq dengan harapan pemuda bersia 26 tahun itu dapat memberi kejutan dan ucapan buat pembantunya.

“Pembantu peribadi saya minat dengan dia dan saya cuba hubungi dia untuk dia beri kejutan kepada pengurus saya.

“Dia setuju untuk jumpa dan datang dengan kek hari jadi kepada pembantu saya. Sejak itu hubungan kami baik dan selalu bertanya khabar seperti seorang kawan,” ujarnya.

Emma berkata, netizen hanya mempersoalkan hubungan mereka selepas Syed Saddiq mula mendapat perhatian.

Bagaimanapun, aktres ini berkata hubungan itu bukan bermaksud dia menyokong mana-mana parti politik.

“Saya berkawan dan post gambar dia tidak bermakna saya sokong mana-mana pihak. Saya juga ada post foto dengan pakcik saya yang juga bekas menteri besar Terengganu.

“Bapa saya dulu pelukis di PWTC dan saya akui membesar dengan Umno tetapi saya mengambil pendirian untuk tidak berada di mana-mana pihak pun,” ujarnya.

Tidak kisahlah Emma mahu berkawan dengan sesiapapun asalkan dia bahagia. Netizen pun sama, susahlah kalau semuanya anda cop lalang dan mahu ambil kesempatan. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen