Sensasi Terkini Viral

Ditanduk Lembu Jantan, Lelaki Ini Nyaris Maut

Walaupun sukan laga lembu dianggap kejam oleh sesetengah pihak, namun ia adalah sukan tradisi orang sepanyol sejak beratus tahun dahulu.

Dalam sukan tersebut menyaksikan seorang pemain atau dipanggil matador perlu berlawan dengan seekor lembu jantan yang garang.

Matador berkenaan perlu membunuh lembu tersebut dengan menusuknya dengan pedang. Namun sukan yang berbahaya ini boleh jadi sebaliknya kerana ia boleh meragut nyawa matador.

Itulah yang berlaku baru-baru ini kepada matador bernama Danial Garcia Navarrete yang baru berusia 23 tahun.

Dia mengalami kecederaan yang amat teruk di bahagian tekak, lidah dan muka apabila tanduk oleh lembu jantan yang sedang marah.

Insiden itu telah disaksikan lebih 1000 orang penonton di arena yang bertempat di Madrid, Sepanyol.

 

Selepas beberapa orang di sana cuba menarik Daniel dari lembu jantan tersebut, mereka terus membawa Daniel ke Hospital dan doktor mendedahkan bahawa dia telah dia telah kena empat kali tusukan, dua kali di leher dan dua lagi melalui rahang.

Rakaman menunjukkan Daniel telah terpelanting ke udara dan badannya terus dicampakkan ke bawah sebelum haiwan garang itu menanduk bahagian muka dengan tanduknya.

Situasi terus menjadi gamat dan jeritan orang ramai kedengaran. Kakitangan di arena tersebut terus masuk dan cuba mengalih perhatian lembu jantan daripada terus mencederakan Daniel.

Agak sedih melihat perlawanan yang boleh dianggap menganiaya haiwan seperti ini. Walaupun ia sukan tradisi, tidak bermakna ia boleh diteruskan. Kasihan lembu yang tidak bersalah itu.-KLICK.MY