Sensasi Terkini Viral

Disangkakan Penyangkut Baju Rupanya Kamera Tersembunyi

Kejadian kamera tersembunyi di dalam tandas biasa kedengaran. Pelbagai helah dan cara untuk menyembunyikan kamera daripada dilihat.

Sudah pastinya hal ini membimbangkan kerana ia melibatkan privasi dan maruah orang lain. Baru-baru ini terjadi lagi kes kamera tersmebunyi dan kali ini terjadi di dalam tandas kolej perempuan di Seremban.

Salah seorang pelajar kolej tersebut telah menemui kamera yang seakan-akan penyangkut baju. Mungkin selama pelajar lain tidak menyedarinya kerana menyangkakan ia hanya penyangkut baju.

Setelah perasan ada sesuatu yang tidak kena, dia melaporkan kepada pihak kolej bagi membuat siasatan terperinci.

Menerusi pihak IT kolej terbabit, mereka mendapati di dalam objek tersebut mempunyai memori kad yang mengandungi dua rakaman video yang dikatakan bukan rakaman videoa yang tidak senonoh.

Kes dan gambar-gambar kejadian ini telah dimuat naik oleh seorang individu di Facebook dan menjadi tular. Rata-rata mempersoalkan bagaimana kamera tersembunyi itu tidak disedari oleh pengguna tandas kolej berkenaan.

Seorang wakil dari pihak kolej terbabit iaitu Ketua Operasi dan Pentadbiran Kolej dengan segera melaporkan kes kejadian ini kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Justeru, sekiranya anda mahu masuk ke tandas awam atau tandas yang digunakan oleh ramai orang, jangan lupa perhatikan keadaan sekeliling. Zaman serba canggih ini, kamera pun seperti sesumpah boleh menyamar dan menyerupai barang-barang di sekeliling.-KLICK.MY