Luar Negara

Disangkakan Hamil, Sebenarnya Ketumbuhan Ovari Seberat 26 Kilogram!

MELIHAT pada fizikalnya terutama pada bahagian perut yang ‘membusung’ pasti ramai yang menyangka wanita ini sedang sarat mengandung.

Namun, ujian kehamilan menunjukkan dia tidak hamil dan hanya berat badannya bertambah.

Justeru, tidak hairanlah setiap kali ada yang bertanya kepadanya bila akan bersalin, Keely Favell berasa malu dan tertekan.

Cakap-cakap mengenai saiz perutnya berterusan sehingga dia berulang kali berjumpa dengan doktor.

Walaupun ujian kehamilan masih menunjukkan tanda negatif, dia masih yakin hamil adalah sebabnya sehingga dia terpaksa melakukan imbasan ultrabunyi.

Tanda-tanya mengenai perutnya itu akhirnya terjawab apabila ia sebenarnya adalah ketumbuhan ovari seberat 26 kilogram, menyamai berat tujuh bayi yang baru lahir.

Keely yang berusia 28 tahun menjalani pembedahan selama lima jam untuk mengeluarkan ketumbuhan itu.

“Saya tidak dapat membayangkan betapa sukarnya meskipun perkara mudah seperti memandu kereta dan menaiki tangga.

“Hilang ketumbuhan memberikan kehidupan seperti sedia kala,” katanya.

Keely yang menjalinkan hubungan bersama pasangannya, Jamie Gibbins selama 10 tahun pernah terfikir beberapa kali sekiranya dia hamil.

“Tapi kami melakukan ujian kehamilan sekurang-kurangnya tiga kali di rumah, tetapi jawapannya negatif,” katanya.

Menganggap ia penambahan yang normal, dia mengandung ‘ketumbuhan’ itu dengan berat 26 kilogram.

Akibat pembedahan itu, Keely mempunyai parut sepanjang 30 sentimeter tetapi dia dapat kembali berjalan seperti biasa. –KLICK.MY