Sensasi Terkini

Dira Abu Zahar Saran Fathia Latiff Turun Padang, Bukan Hanya Menaip

PELAKON Dira Abu Zahar menyelar kenyataan Fathia Latiff berhubung perjuangan rakyat, dan menyarankan Fathia supaya turun padang dan bukan hanya menaip perkataan di telefon pintar sahaja.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” kata Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah.

Dira yang merupakan Exco Puteri Umno dari Tangga Batu, Melaka turut menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya dan tak perlu mencampuri urusan kerajaan.

Berkaitan: Fathia Latiff Dikecam Sindir PM tak Jenguk Mangsa Banjir

Anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin itu bercakap demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno Rabu, semalam.

Fathia kemudian membalas kenyataan Dira tersebut di laman Twitternya.

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di Instagram baru-baru ini, Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff,” kata Dr Mahathir itu di Twitter, yang merujuk kepada pelakon berkenaan.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.

Sebelum itu Fathia menimbulkan pelbagai reaksi di Twitter apabila turut menulis Tweet kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sama ada PM turut serta menghantar bantuan banjir di Pulau Pinang.

Dia juga pernah melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan kenaikan harga minyak dan juga pernah salah faham terhadap kenyataan Yb Khairi Jamaluddin berhubung isu ‘cashless’. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen