Hiburan Sensasi

Dikutuk Tak Pandai English, Ini Jawapan Emma Maembong

BAGI yang belum tahu, pelakon Emma Maembong dan adik beradiknya berdarah kacukan Melayu- Scottish, bapanya orang Melayu manakala ibunya berasal dari Scotland, jadi tidak hairan Emma dan adik beradiknya memiliki wajah pan-asia yang cantik.

Baru-baru ini Emma memuat naik video tutorial pemakaian lipstik dengan bertutur di dalam bahasa Inggeris loghat Scottish.

Ramai netizen terpaku mendengar loghat Emma namun tidak kurang juga yang mengejinya.

 

Emma turut berkongsi satu mesej dikirimkan melalui Direct Message (DM) di Instagramnya yang mengkritik sebutan dan tatabahasa Inggerisnya yang dikatakan amat teruk.

“Hai Emma, cuma nak bagitahu, tatabahasa anda sangat teruk, loghat anda teruk, anda berdarah kacukan tapi tak boleh berbahasa Inggeris dengan betul, tolong tingkatkan tahap tatabahasa dna sebutan anda.”

Nampaknya Emma masih tenang dan berharap si pengirim mesej itu juga bertenang dna tidak emosi. Emma kemudian membalas mesej itu di Instastorynya juga:

Betul juga kata Emma menegur tu boleh namun gunakan bahasa yang lebih berhemah. Kalau penggunaan bahasa pun tidak mesra bagaimana orang yang ingin maju nak bersemangat untuk memajukan diri, kan? –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.