Gaya Hidup

Dikatakan Tidak Sihat, Jet Li Kongsi Gambar Terbaharu Bukti Dia Sihat

BARU-BARU ini tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan pelakon kung fu terkenal, Jet Li yang kelihatan tua dan uzur.

Imej keadaan itu muncul selepas pelakon Lethal Weapon V dan Kiss Of The Dragon berkenaan melawat sebuah kuil di Chengdu dan bukan seperti dilaporkan di Tibet baru-baru ini.

Berkaitan: Bergelut Dengan Masalah Kesihatan, Jet Li Kelihatan Tua & Lemah

Kebanyakan peminat meluahkan rasa terkejut selain bimbang apabila melihat Jet Li dalam keadaan lemah selain berita mengejutkan mengenai masalah kesihatannya dipaparkan secara meluas dalam berita antarabangsa termasuk AS.

Berikutan itu, buat pertama kali selepas lama menyepi dari radar dunia hiburan, Jet Li memuat naik imej terbarunya di media sosial.