Hiburan Terkini

Diganggu ‘Suami Orang’ Zarina Anjoulie Bagi Amaran Terakhir

TAK lekang dari kontroversi, pelakon Zarina Anjoulie baru-baru ini memuat naik status mendedahkan perangai jijik sesetengah lelaki gila seks yang menganggunya menerusi nombor WhatsApp yang ditinggalkan di laman Instagram bagi tujuan perniagaan.

Pelakon yang pernah membintangi drama Anak Pontianak yang sudah tidak lagi aktif berlakon ini, memberi amaran kepada lelaki terutama suami orang agar tidak lagi menganggunya.

Zarina merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Gabriel Martin Ezra yang kini berusia tiga tahun.

Bagi menampung perbelanjaan diri dan anak, dia kini berniaga jamu.

Mungkin rimas dengan gangguan daripada lelaki kemaruk seks, Zarina mengambil tindakan mendedahkan perbualan atau mesej yang diterimanya daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan wanita.

Dalam mesej tersebut, individu tersebut bertanyakan tentang produk ‘spray love’ yang dijual oleh Zarina.

Namun, pertanyaan tersebut seolah-olah tiada kaitan dengan produk yang dijual sehingga menyebabkan Zarina mengesyaki individu terbabit sebenarnya lelaki yang menyamar wanita dengan niat tidak baik.

Hal itu menyebabkan Zarina ‘naik angin’ dan mendedahkannya di media sosial sebagai amaran kepada lelaki di luar sana terutama suami orang agar jangan mengganggunya.

Malah, dia memberi amaran untuk mendedahkan nombor telefon mana-mana lelaki Melayu yang cuba menghubunginya untuk tujuan yang tidak baik melalui akaun Instagram jika ada yang menganggu lagi.

“Jantan-jantan ni pasti jenis sampah bila sudah kantoi putar cerita kat bini kemudian bini percaya laki dia dan nak serang kita. Ahh sorry, kau takkan dapat trap aku dalam situasi begini,” tulisnya.

Selain itu Zarina menyatakan dia tidak mahu terlibat dengan kisah-kisah cinta melibatkan suami orang seperti beberapa artis lain sehingga bergaduh dan dipanggil ke rancangan Melodi.

Orang nak berniaga, kau pergi ganggu dan menyamar jadi pelanggan wanita konon! Tak pasal-pasal kena tular dengan Zarina baru padan muka. Bak kata pepatah.. sarang tebuan jangan dijolok! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.