Hiburan Terkini

Diejek Gemuk Oleh Budak Di Instagram, Respon Zulin Aziz Memang Padu!

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz yang dikenali sebagai seorang yang berkarakter lucu, ceria dan suka menghiburkan orang akhirnya tidak tahan dan ‘mengamuk’  dengan pengikut di Instagramnya yang selalu mengutuknya gemuk.

Menurut Zulin, saban hari individu itu menghantar pesanan melalui direct message (DM) hanya untuk memberitahu Zulin bahawa dirinya sudah semakin berisi dan naik berat badan.

Rimas dan meluat dengan perbuatan pengikut itu, Zulin memuat naik satu video berdurasi seminit buat individu berkenaan bagi meluahkan perasaannya berkaitan isu itu.

Ramai netizen terhibur dengan video itu kerana Zulin masih kelihatan comel dan kelakar walaupun sedang marah, dan gaya dia marah seakan bergaduh dengan budak sekolah seperti kapsyennya, “Aku geram dok dm aku je bdk ni.. ni gaya budak skolah gaduh ni”

Antara ayat win Zulin, “Takkan kau nak suruh aku makan rumput je hari-hari, baik aku jadi kambing!”

Tengok video di bawah:

 

Aku geram dok dm aku je bdk ni.. ni gaya budak skolah gaduh ni

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Namun masih ramai pengikutnya yang memberi komen positif menyejukkan hati Zulin, menurut mereka walaupun berisi Zulit tetap comel, cantik walaupun sedang marah.

Begitulah apabila jadi terkenal, macam-macam komen selebriti nak kena hadap setiap hari sampai tiba satu saat bila sudah tak mampu bersabar lagi, mereka juga akan meluahkan perasaan.

Apapun pesanan kami, jadilah pengguna Internet yang berhemah serta memberi manfaat kepada insan lain kerana setiap perbuatan buruk pasti mendapat balasan kelak, begitu juga sebaliknya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.