Hiburan

Didik Anak Pakai Tudung Sejak Kecil, Lufya Omar Dikritik Netizen

BAK kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Itulah cara didikan yang dipraktikkan oleh pelakon Lufya Omar terhadap anaknya yang baru berusia enam bulan.

Lufya mengajar anaknya memakai tudung biarpun masih kecil. Namun tindakan Lufya itu mendapat kritikan para netizen.

Mereka menganggap anaknya masih belum sesuai untuk bertudung kerana masih kecil. Tidak mudah melatah, Lufya mengambil setiap kritikan itu secara positif.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata dia sememangnya sengaja memakaikan tudung anaknya yang baru berusia enam bulan itu.

Menurutnya, ia adalah salah satu cara untuk dia mendidik pada awal usia supaya puteri sulungnya itu tidak kekok mengenakan hijab apabila sudah dewasa.

“Sebenarnya netizen salah faham, anak saya pakai tudung itu bukanlah seharian. Hanya untuk setengah jam sahaja.

“Saya anggap komen mereka itu secara positif. Mungkin mereka bimbang melihat anak kecil kepanasan pakai tudung.

“Tapi bagi saya, ia salah satu cara untuk saya didik anak awal supaya nanti apabila dia dewasa dah tak rasa kekok,” katanya memetik laporan mStar Online.

Kritikan itu bermula apabila Lufya memuat naik videonya bersama anak, Laana Haura yang Haura teruja mendengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza diulang siar semula (repost) di Instagram penyanyi popular itu.

Dari situlah bermulanya kritikan netizen yang mempersoalkan tindakan Lufya memakaikan tudung anak perempuannya yang masih kecil.

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tidak salah kita mendidik anak-anak dari kecil.

Lagipun Lufya sudah menjelaskan bukan sepanjang masa dia memakaikan tudung kepada anakanya itu. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen