Gaya Hidup Terkini

Didie Alias Kini Bergelar Nenek, Timang Cucu Sulung

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara popular, Didie Alias kerana telah bergelar nenek kelmarin.

Berita gembira itu dikongsi oleh Didie sendiri di Instagram dengan memuat naik gambar botol susu dengan perkataan ‘Alhamdulillah I Am Nanny D’.

Didie turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan keselamatan anak sulungnya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan agar selamat bersalin.

Dalam posting terkini pula, Didie memuat naik gambarnya sedang mendukung cucu yang hanya dikenali sebagai ‘baby SS’.

Sebelum ini Didie pernah memberitahu jantina cucunya adalah lelaki.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepadanya.

Didie Alias mempunyai lima anak bersama bekas suami, pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dhaniyah, 25, Mohd. Danial, 24, Dinie, 22, Danie, 20, dan Diana,19.

Kemudian pada tahun 2014, Didie dikurniakan anak bersama suaminya sekarang, Norisham Ismail yang kini berusia empat tahun. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen