Hiburan Sensasi Terkini

Didakwa Dengki Dan Hina Neelofa, Abby Abadi Jawab Tuduhan Netizen

BARU-BARU  ini, isu kontroversi melibatkan pelakon dan pengacara sensasi Neelofa telah menarik perhatian ramai.

Turut memberi pendapat ialah Mufti Persekutuan dan ahli agama. Di Instagram, perkongsian Abby Abadi yang diambil daripada pandangan Ustaz Pahrol Mohammad Juoi telah disalah anggap sesetengah peminat artis tersebut.

Sehinggakan ada yang berpendapat Abby Abadi iri hati sehingga menghina. Justeru, Abby memberi respon berikut:

“Tak Baik Bersangka-sangka

Tudung & Zouk

Hal ini dan selesai & Saya harap semua ambil pedoman & istighfar mohon keampunan.

Cumanya untuk post ini, saya tujukan kepada peminat-peminat Neelofa (bukan Neelofa ye, peminatnya sahaja..yang sayang & cinta sangat pada Neelofa) yang salah faham dengan saya berkaitan isu ini.

Cuba rujuk balik wahai adik kakak, berkait isu tudung & Zouk ini. Saya ambil pandangan daripada Ustaz Pahrol Mohd Joui. Masih ada lagi post itu di IG saya ini. Saya tak mampu nak tulis sendiri sebab kurang ilmu.

Jadi bila masa pula yang saya dengki, sampai menghina Neelofa? Ayat yang mana? Perenggan ke berapa ye? Saya tiada penyakit ‘dengki itu. Alang yang sakitkan hati saya sampai hancur sehancur-hancurnya pun saya boleh maafkan, ini pula yang tiada kena-mengena dengan saya. Saya nak dengki pada dia untuk apa?

Beria-ia mereka sembang sesama sendiri tapi sebab lalu kat wall saya, saya terbaca. Jadi tanggungjawab saya untuk betulkan. Suruh saya minta maaf dekat Neelofa sebab saya hina/dengki dekat dia. Nanti muflislah di akhirat bla bla bla. Tak sedar diri ada anak juga bla bla bla. Artis sendu, jual tudung tak laku itu yang dengki bla bla bla. Dengki Lofa berlakon dengan Zul… bla bla blaaaa. Apa tu??? Salah sangat sangkaan itu. Bila masa pula awak orang nak minta maaf dengan saya?

Kerja saya dulu menakutkan, adik kakak sebab jauh daripada Allah SWT. Jadi saya tak pernah nak dengki pada sesiapapun dalam industri hari ini sebab saya tak nak pun ulang kesalahan saya lagi sebab saya takutkan Allah SWT. Saya tak nak mati kufur. Saya usaha untuk jaga hidayah petunjuk milik Allah SWT ini.

Bila saya bercerita pengalaman saya, jangan begitu jangan begin, jangan peluk suami atau isteri orang, jangan sentuh lelaki atauperempuan, dituduh saya hina artis lain pula walhal saya berkongsi nak menyedarkan. Payah orang kita sebab sudah terbiasa. Terbiasa hari-hari dengan maksiat. Yang mengajak kepada Allah SWT pula nampak luar biasa, salah dan sebagainya, sedih!

Demi Allah SWT, buatlah tuduhan apapun, saya tetap juga nak sedarkan yang mana maksiat terang-terangan, bahaya. Ia mengundang bala bukan pada pelakunya sahaja, tapi akan dapat kepada kita semua. Takpelah, saya maafkan. Tak perlu minta maaf dengan saya. Minta maaf dengan Allah SWT ya. Satu pesan saya, berpada-pada dunia hanya tipu daya.” –KLICK.MY

Sumber: Oh Bulan!

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen