Sensasi Terkini Viral

Dicaci, Nasi Lemak Pondan Tular Di Laman Sosial

Macam-macam strategi orang berniaga sekarang ini. Maklumlah keadaan ekonomi yang tidak menentu telah melahirkan ramai insan yang kreatif semata-mata mahu mencari pendapatan sampingan.

Pernah tak anda dengar Nasi Lemak Dara? Pasti pernah dengarkan kerana tular di laman sosial satu ketika dulu. Begitu juga dengan abang sado yang berniaga menggunakan tarikan tubuh yang sasa untuk menarik pelanggan.

Namun Nasi Lemak Pondan pasti anda belum pernah mendengarnya lagi dan ini mungkin kali pertama. Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai nasi lemak ini.

Segala-galanya bermula apabila seorang pelanggan atau pengguna Twitter bernama Yien Asmady memuatnaikkannya dengan status ‘mari tukar selera #nasilemakpondan pulak’.

Niat baiknya itu bertukar menjadi perkara yang buruk setelah mendapat pelbagai kecaman komen negatif daripada netizen.

Ia diberi nama sedemikian kerana nasi lemak tersebut dijual oleh seorang lelaki yang berpawatakan dan berpakaian wanita atau lebih dikenali sebagai pondan.

Namun, situasi yang dilalui oleh pondan ini berbeza daripada kes-kes sebelum ini. Rata-rata netizen mencaci dan menghina strategi perniagaan yang digunakan.

Pelbagai persepsi dilontarkan sehingga ada yang takut nak beli nasi lemak ini kerana bimbang dijangkiti penyakit.

Beginilah sikap masyarakat Malaysia hari ini sering menghukum seseorang tanpa berfikir panjang seolah-olah mereka langsung tiada dosa. Kalau betul mahu menegur atau menasihati, bukan itu caranya. Tak pasal-pasal Nasi Lemak Pondan dapat promosi percuma.-KLICK.MY