Hiburan Sensasi Terkini

Diana Danielle Lancar Single Terbaharu

Tahniah diucapkan kepada Diana Danielle kerana baru-baru ini telah berjaya melancarkan single terbaharunya berjudul Tentang Kita.

Sebenarnya sudah lama pelakon cantik ini berjinak-jinak dengan dunia nyanyian. Malah dalam filem Magika dan Kami Histeria dia telah sumbangkan suaranya.

Lagu Tentang Kita dihasilkan oleh komposer Dj Fuzz dan lirik ditulis oleh Alabbas dan Muariffah. Lagu ini mengisahkan tentang cinta seorang gadis yang merindui kekasih hati yang jauh.

Diana memilih muzik reggae kerana menepati cita rasanya. Pasti peminat setia pelakon kacukan Melayu-Amerika ini tidak sabar menunggu muzik videonya pula.

Kalau anda nak tahu, muzik videonya diarahkan oleh Dick Wai dan berkonsepkan “ala bohemian” dan penggambarannya mengambil masa hanya satu hari sahaja bertempat di Sepang.

Ketika majlis pelancaran single terbaharunya, Diana kelihatan begitu cantik dan anggun. Moga Diana terus sukses dalam kerjaya sama ada lakonan mahu pun nyanyian.-KLICK.MY