Hiburan Terkini

Diana Danielle Enggan Bercakap Soal Peribadi Walau Secara Umum

PELAKON Datin Diana Danielle, 26, enggan memberi sebarang komen mengenai kisah peribadi ketika diminta mengulas kenyataan dua penyanyi yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya, Datuk Farid Kamil.

“Saya benar-benar tidak mahu bercakap mengenai isu peribadi walaupun secara umum.

“I just don’t want to talk about it, no but (Saya tidak mahu bercakap mengenainya, tidak ada ‘tetapi-tetapi’),” tegas Diana.

Aktres itu ditemui selepas menjadi juri jemputan program separuh akhir Bintang Mencari Bintang 2018 di Sri Pentas 2, Alam Sentral, semalam.

Minggu lalu, penyanyi nasyid, Osh atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz Ahmad Rusli dan Taj atau Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir dari kumpulan Innuendo dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid.

Berkaitan: Dakwa Dianiaya, Taj Innuendo & Osh Akan Saman Farid Kamil

Ianya susulan laporan polis dibuat Farid pada 31 Januari lalu, mendakwa tiga rakan artis telah mencemarkan minumannya dengan bahan terlarang.

Kejadian itu didakwa beliau menjadi punca dirinya bertindak ganas di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Pendedahan itu turut membawa kepada penahanan pelakon Sofi Jikan yang didapati berada di bawah pengaruh dadah ketika hadir memberi keterangan mengenai kes itu di Balai Polis Kota Damansara pada 6 Februari lalu. –KLICK.MY

Sumber: Harian Metro

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.