Hiburan Sensasi Terkini Viral

Dian Sastrowardoyo Dikritik Kerana Menepis Tangan Peminat

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita dari seberang, Dian Sastrowardoyo. Baru-baru ini, pelakon Ada Apa Dengan Cinta ini terpalit dengan kontroversi melibatkan dia dengan peminat.

Dian dikatakan telah bersikap biadap dan kurang ajar apabila dilihat telah menepis tangan seorang peminat yang mahu bergambar bersamanya.

Kejadian berlaku ketika dia sedang berjalan menuju panggung wayang untuk tayangan perdana filem terbaharunya Kartini.

Justeru, pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo tampil memohon maaf terhadap kelakuan salah seorang pelakon filem itu iaitu Dian Sastrowardoyo yang dianggap tidak sopan.

Insiden tersebut telah terakam dan dimuat naik oleh aktres tersebut di aplikasi Instagram Story peribadinya.

Kelihatan Dian menolak permintaan foto daripada peminatnya dengan menepis tangan peminat wanita itu.

“Selaku pengarah filem Kartini, saya minta maaf jika salah seorang pelakon filem itu bertindak tidak sopan kepada penonton. Kami sudah berusaha untuk selalu berkelakukan baik, tapi kami juga manusia.

“Kami juga kadang-kala tidak sedar dan penat hingga timbul perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Saya percaya apa yang dilakukan oleh Dian atau pelakon lain adalah secara tidak sengaja, harap maafkan kami,” ujarnya menerusi laman Instagram.

Hanung membuat permohonan maaf itu selepas netizen menyatakan perasaan kecewa dengan sikap pelakon kegemarannya itu.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat kritikan netizen yang beranggapan pelakon wanita itu tidak layak membawakan watak Kartini seperti dalam filem berkenaan.-KLICK.MY

Sumber: Wartawan Jalanan