Hiburan Sensasi Terkini

Dia Tutup Instagram, Saya Pulak Yang Kena Menjawab – Rita Rudaini

ORANG lain yang buat salah, orang lain yang dapat padah. Begitulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Rita Rudaini berkenaan isu kontroversi melibatkan rakan baiknya, Izreen Azminda yang berkahwin dengan suami orang.

Memetik laporan mStar Online, Rita Rudaini mengakui berkecil hati dengan sikap Izreen yang bertindak menutup Instagram sehingga laman sosialnya pula menjadi sasaran netizen.

Rita mendedahkan, Izreen tidak pernah menghubunginya sejak berkahwin dengan Ude.

“Sebelum ini kalau saya kena kecam saya tak pernah tutup komen, biarlah. Saya tak pernah libatkan rakan-rakan keliling. Saya bukannya mahu hentam Izreen tetapi nak beritahu tentang diri saya.

“Izreen pun kenapa buat macam ni. Kenapa lari? Kenapa tutup Instagram?

“Jujurnya saya berkecil hati dan terasa hati dengannya dan sebagai kawan dia tidak sepatutnya buat macam ni,” katanya menerusi rancangan Melodi terbitan TV3 pada Ahad.

Dalam pada itu, Rita berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan Izreen berhubung isu itu namun aktres berkenaan tidak pernah menghubunginya selepas berkahwin.

“Saya boleh bersemuka dengan Izreen tetapi lepas berkahwin dia tidak menghubungi saya. Tapi tidak mengapa, takkan nak kacau rumah tangga orang pula,” ujarnya.

Tambah Rita, dia berasa geram dengan sikap netizen yang turut menghentamnya dalam masalah melibatkan Izreen dan berharap orang ramai berhenti mengaitkannya.

“Memang geram! Lainlah kalau saya yang kahwin dengan suami orang. Kena kecam pun saya puas hati.

“Masalahnya teman lelaki pun tiada. Apatah lagi skandal. Kucing adalah…” guraunya.

Dedah Rita, ketika laman sosialnya menjadi mangsa serangan netizen, dia ada menghubungi Izreen untuk mengetahui kenapa dia menutup ruangan komen Instagramnya.

“Masa benda tu pecah (terbongkar) saya kena kecam dan bila saya menelefonnya dia kata biarlah. Dia yang tutup komen tetapi saya yang kena. Saya bersabar lagi tapi sampai ke tahap ini saya rasa keadaan dah teruk sangat,” katanya.

Bagaimanapun kata Rita, Izreen ada datang mencarinya untuk berbincang mengenai perkara itu dan dia sudah pun bercakap apa yang terbuku di hatinya.

“Saya bagi dia cari saya. Dia cari saya. Dia tanya saya, saya terus cakap apa yang saya tidak puas hati.

“Sebab itu orang kata mulut saya lantang, mulut jahat tetapi lebih baik ada kawan macam ini daripada bercakap belakang. Itu lebih bahaya,” katanya.

Sementara itu, Rita berkata, sebagai kawan dia sudah menasihati Izreen namun selebihnya dia tidak dapat mencampuri sebarang keputusan dibuat oleh aktres itu.

Rita berkata, akibat kontroversi itu dia bukan sahaja mendapat malu tetapi keluarga dan anak-anaknya turut terpalit sama. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.