Gaya Hidup Terkini

Detik-Detik Cemas Wanita Lahirkan Anak Di Koridor Hospital

JESICA Hogan merupakan seorang ibu kepada enam orang anak yang tinggal di Riley, Kansas, Amerika Syarikat.

Dia melahirkan anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki yang diberi nama Max pada bulan Julai tahun lepas.

Menurut Jesica, pengalaman melahirkan anak bongsunya itu tidak akan dilupainya sampai bila-bila. Apa tidaknya, anak bongsunya itu dilahirkan di koridor hospital kerana tidak sempat ke dewan bersalin.

Detik-detik cemas itu berjaya dirakam oleh jurugambar bersalin, Tammy Karin yang sempat tiba di hospital.

Melalui gambar-gambar tersebut, kelihatan Jesica cuba menahan kesakitan dan akhirnya bersalin.

Dia telah mengalami kontraksi selama beberapa hari dan pergi ke hospital tetapi masih belum tiba masa untuk bersalin.

Ketika dia berada di rumah pada waktu malam, air ketubannya tiba-tiba pecah. Kemudian suaminya, Travis bergegas membawanya ke hospital. Ketika itu jam lebih kurang pukul tiga pagi.

Setelah sampai ke hospital, Jesica mula merasai kepala bayi sudah hampir keluar. Dia memberitahu suaminya agar menyambut kepala bayi yang hampir keluar.

Ketika itu datang beberapa orang jururawat untuk membantu. Tidak sempat ke dewan bersalin, akhirnya Jesica melahirkan anak di koridor hospital.

“Ia adalah kelahiran yang paling gila, tetapi juga paling sempurna. Ia bukanlah apa yang saya rancangkan namun berakhir dengan baik. Saya akan ingatnya sampai bila-bila,” kata Jesica. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen