Luar Negara

Derita Testikal Terlampau Besar, Lelaki Ini 9 Tahun Tidak ‘Bersama’ Isteri

DAN Maurer tidak dapat ‘bersama’ dengan isterinya selama sembilan tahun dan hanya dapat kencing di bilik mandi gara-gara testikalnya membesar.

Lelaki berusia 40 tahun ini membuatkan doktor bingung apabila bahagian alat sulitnya itu membesar secara tidak terkawal.

Keadaannya menghalang Maurer daripada melakukan segala-galanya, termasuklah mandi sendiri, berkhemah dengan kawan-kawannya atau ‘bersama’ dengan isterinya.

Dia terpaksa kencing di bilik mandi kerana saiz skrotumnya yang sangat besar membuatkan dia tidak dapat membuang air di mangkuk tandas.

Tetapi dia terlepas daripada kesengsaraan akibat kemaluan gergasinya selepas dia didiagnosis dengan ‘lymphedema scrotal’.

“Ia menjadikan saya terpenjara di badan sendiri, seperti mengusung bola dan rantai. 

“Cara terbaik saya dapat menerangkan tentang betapa berat ia kepada seseorang adalah membayangkan skrotum dibedah, masukkan tiga biji bola bowling besar, jahit semula dan berjalan sambil membawanya.

“Saya sentiasa sakit dan bebannya terasa di belakang, jadi sukar untuk saya bergerak,” kata Maurer kepada program TLC sebelum pembedahannya pada 2015 dan dimuat naik semula di YouTube, Khamis.

Segalanya bermula dengan sedikit ‘bengkak’ di bahagian bawah perutnya.

Ketika skrotumnya membesar, ia perlahan-lahan menghalang lelaki ini menjalani kehidupan seperti biasa.

Maurer berubah daripada seorang lelaki yang aktif, kerap bersukan dan berkhemah dengan kawan-kawannya, kepada seorang lelaki yang tidak dapat menjaga dirinya sendiri.

Sebelum dibedah, Maurer kali terakhir mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Mac 2006.

“Ketika ia tak besar sangat, saya masih boleh kencing di dalam mangkuk tandas, tetapi bila ia semakin besar, ia akan mengotorkan tandas, lebih mudah untuk kencing di bilik mandi dan kemudian cuci lantai dengan air,” katanya pada masa itu.

Maurer dan isterinya Mindy telah bersama selama 20 tahun dan masalah itu melanda Maurer sejak setahun selepas perkahwinan mereka pada tahun 2005.

Tetapi dalam tempoh satu tahun skrotumnya berkembang menjadi saiz sebiji kelapa.

Maurer segera pergi berjumpa doktor untuk menghentikan pertumbuhan, tetapi doktor bingung kerana tidak pasti puncanya dan menyalahkan berat badannya.

Muarer bersama isteri.

Dalam masa tujuh tahun skrotumnya membesar dengan tidak terkawal dan mengubah hidupnya.

Zakar dan buah zakarnya tetap bersaiz normal tetapi diliputi skrotum raksasa.

Selepas menonton rancangan TV mengenai lymphoedema scrotal dia mengesyaki mempunyai keadaan yang sama.

Ia menyebabkan penyumbatan saluran limfa, yang membentuk binaan di luar buah zakar, menyebabkan ia membengkak.

Yakin dia sudah menemui punca mimpi buruknya, dia meminta pertolongan daripada pakar.

Dia menghubungi pakar urologi dari California, Dr Joel Gelman, yang bersetuju untuk melakukan pembedahan.

Dibantu oleh satu pasukan yang terdiri daripada lapan pakar bedah dan 12 kakitangan, Dr Gelman berjaya membebaskan Maurer dari skrotum besarnya dalam pembedahan selama 14 jam pada tahun 2015.

Dalam usaha untuk melambatkan pertumbuhan Mindy membungkus buah zakarnya dalam pembalut mampat setiap hari.

Empat bulan yang lalu, dan tiga tahun selepas pembedahannya, dia membuat kemas kini kepada pengikutnya di laman GoFundMe: “Saya cukup baik. Saya masih perlu turunkan berat badan tetapi ia adalah sesuatu yang saya juangkan sepanjang hidup saya.

“Sekali lagi terima kasih kerana memberikan saya peluang kedua untuk kehidupan dan saya tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua. Selamanya berterima kasih.” –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.