Luar Negara Terkini

Demi Yakinkan Pelanggan, Lelaki Sanggup Jadi Model Pakaian Wanita

ADAKAH anda seorang pembeli dalam talian? Pernah tak anda rasa tertipu dengan barangan yang dibeli khususnya pakaian yang tiba tidak sama dengan apa yang digambarkan?

Ini sememangnya bukanlah perkara baru kerana sering terjadi barangan yang dibeli tidak sama seperti apa yang dibayangkan.

Menyedari hakikat itu, seorang peniaga dalam talian mempamerkan kesungguhannya untuk meyakinkan para pelanggan bahawa barangan yang dibeli adalah sama seperti yang dilihat.

Menjual pakaian-pakaian elegan, lelaki berkenaan sanggup jadi model menyarungkan pakaian itu ke tubuhnya agar dapat dilihat oleh para pelanggan.

Aksinya itu menjadi tular apabila ramai netizen yang kagum dengan kesungguhannya menyakinkan pelanggan.

Gambar-gambarnya memakai gaun dimuat naik oleh seorang pelanggan yang meminta foto-foto sebenar pakaian yang mahu dibelinya.

Namun, dia tidak menyangka peniaga itu sendiri yang menjadi model.

Kalau di Malaysia, ramai juga peniaga atau usahawan yang suka membuat gimik dalam perniagaan. Malah ada yang sanggup melakukan perkara ‘tidak cerdik’ kerana mahu kisahnya tular. Eh, siapa tu? –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.