Sensasi Terkini Viral

Demi Wang, Lelaki Ini Sanggup Mengahwini Wanita Tua

Dunia oh dunia! Tidak dapat dinafikan wang adalah segala-galanya pada zaman kini. Buktinya, seorang lelaki di China sanggup menukar perasaannya sekelip mata kerana wang.

Di China seorang lelaki berdepan dengan detik paling malang dalam hidupnya apabila dipaksa berkahwin dengan seorang wanita tua.

Menurut sumber, beza umur mereka kira-kira 20 hingga 40 tahun. Sudah layak digelar ibu atau nenek. Tidak tahu kenapa dia dipaksa berkahwin dengan wanita tersebut namun sepanjang majlis perkahwinan, lelaki itu hanya mempamerkan wajah tidak senang tidak seperti kebiasaan pasangan yang sedang berkahwin.

Klip video perkahwinan mereka menjadi tular baru-baru ini di Facebook. Dengan wajah yang masam lelaki itu menjalani upacara perkahwinan.

Namun, perasaan dan wajah lelaki itu tiba-tiba berubah setelah dibentangkan timbunan wang tunai! Dia yang pada mulanya kelihatan masam berubah kegembiraan dan teruja. Malah, tiba-tiba bersetuju untuk upacara minum wain, satu tradisi masyarakat Cina yang baru berkahwin.

Reaksinya itu mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen yang mendakwa lelaki berkenaan mata duitan.

Tidak kiralah mata duitan atau apa, yang pasti lelaki itu bakal menjadi jutawan dan pengorbanannya itu tidak sia-sia. Inilah yang akan terjadi apabila duit adalah segala-galanya.-KLICK.MY