Hiburan

Demam Masih Tak Berhenti, Puteri Balqis Hidap Kanser

SEKIRANYA anda mengikuti perkembangan pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi, 11, sama ada di media sosial atau akhbar, pasti mengetahui pelakon ini sedang menghadapi msalah kesihatan.

Pada Mei lalu, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan

Namun, terbaharu kesihatan Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish kembali kembali menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagram peribadinya menunjukkan bintang cilik itu menjalani rawatan bersama tanda pagar #fightcancer.

Status yang dimuat naik, kelmarin, menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.

Pada status dipercayai dikongsi Norashikin, tahap kesihatan Aqish dikatakan semakin baik.

Namun tanda pagar #fightcancer seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.

Norashikin ketika dihubungi mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.

Sambil memohon maaf kerana enggan ditemu bual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas kepada BH Online menerusi aplikasi WhatsApp (WA).

Kalau benar apa yang dikata, sama-samalah kita mendoakan agar Aqish kembali sihat. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.