Hiburan Sensasi Terkini

Dayang Nurfaizah ‘Belanja’ Lagu Baru

Wah, bertuah siapa yang ‘follow’ Dayang Nurfaizah di Instagram kerana dapat mendengar sebaris dua lagu barunya yang berjudul Layarlah Kembali!

Maklumlah, tak lama lagi peminat setia penyanyi dari Sarawak ini bakal terbit dengan album baru. Katanya kalau tiada aral melintang album tersebut akan berada di pasaran pada 10 April depan.

Selain album, Dayang juga kini tengah sibuk membuat latihan untuk showcase album tersebut di Matic pada 18 April nanti.

Oh, patutlah di Instagramnya dia memuat naik video dan gambar bersama Aubrey Suwito sedang menjalani latihan.

Semoga pelantun lagu Lelaki Teragung ini terus berjaya dan mencipta momen terhebat dalam kerjayanya.-KLICK.MY