Luar Negara Terkini Viral

Daya Ingatan Luar Biasa, Ingat Memori Seawal Usia 12 Hari

Memiliki daya ingatan luar biasa, seorang wanita berusia 27 tahun mampu mengingati setiap peristiwa yang berlaku dalam hidupnya seawal usia 12 hari.

Rebecca Sharrock dari Brisbane, Australia mengejutkan umum apabila menulis di dalam blognya, tentang betapa dia masih ingat dengan jelas kenangan ketika bayi, di mana dia banyak menghabiskan masa di tempat tidur bersama mainan dan kipas di sebelahnya.

Dia juga masih ingat bagaimana pertama kali dia dimasukkan ke dalam kerusi duduk bayi (idea bapanya) di dalam kereta sebelum gambarnya dirakam.

“Sebagai bayi, saya tertanya-tanya apakah stereng kereta dan penutup tempat duduk yang berada di atas kepala saya walaupun pada masa itu saya belum mempunyai kehendak untuk bangun dan melihat sendiri,” kata wanita itu yang juga boleh menghafal novel Harry Porter.

Sharrock juga mampu menceritakan kembali hadiah-hadiah yang diterimanya ketika majlis hari jadi yang pertama dan dres `satin panas’ yang dipakaikan ibunya sehingga dia menangis kerana tidak selesa pada hari tersebut.

Sebenarnya Sharrock merupakan seorang daripada 80 manusia di dunia yang menghidap penyakit Highly Superiory Autobiographical Memory (HSAM), suatu penyakit yang jarang berlaku, iaitu memiliki ingatan luar biasa.

Dalam mencari jawapan bagaimana otak manusia berfungsi, Sharrock kini melibatkan diri dalam satu kajian berhubung minda dan memori manusia bagi membantu golongan yang menghadapi masalah otak dan Alzheimer.

Ironinya, penyakit Alzheimer dekat dengan jiwanya kerana datuk tiri yang disayanginya menderita penyakit tersebut. –KLICK.MY