Hiburan Terkini

Datuk Sheila Majid Umum Terpaksa Tangguhkan Konsert Di Jakarta

RATU jazz negara, Datuk Sheila Majid baru sahaja memuat naik kenyataan berkenaan penundaan konsertnya di Jakarta yang akan berlangsung pada 20 Januari ini.

Dalam kenyataan tersebut, Sheila meminta maaf kepada para peminat atas kesulitan yang dialami.

“Selepas perbincangan dan pertimbangan, dengan sedihnya saya perlu mengumumkan penangguhan konsert Jakarta saya ke tarikh yang lain. Saya meminta maaf kepada peminat. Tapi saya akan buat juga untuk anda.

“Terima kasih semua atas kata-kata semangat yang diberikan. Kita hanya merancang Allah SWT menentukan apa yang terbaik buat kita. Kita akan ketemu nanti… pasti! In shaa Allah,” tulisnya.

Khabar ini pasti tidak menggembirakan buat peminatnya di Jakarta. Namun jangan khuatir kepada yang sudah membeli tiket berkenaan kerana ia boleh digunakan pada tarikh baru yang akan diumumkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.