Gaya Hidup Sensasi Terkini

Aliff Syukri Dikecam Hebat, Beli Patung Letak Depan Rumah

USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam lagi oleh netizen apabila dia memuat naik video di Instagram menunjukkan sebuah lori membawa perabot baharu untuk istananya yang dikenali sebagai Palace Aliff Syukri.

Apa yang membuatkan netizen mula mengecam adalah kerana parabot yang dinanti-nantikan itu rupa-rupanya sebuah patung pahlawan Greek kuno.

Jadi, ramai yang mula tertanya-tanya apakah motif Aliff membeli dan membawa masuk sebuah patung ke dalam rumah sedangkan dia beragama Islam.

Umum mengetahui, Islam melarang penganutnya menyimpan patung yang menyerupai makhluk bernyawa sebagai perhiasan rumah.

Walaupun tujuannya hanya sekadar untuk menghias, dikhuatiri ianya akan mendatangkan fitnah dan memesongkan akidah.

Justeru ramai netizen meminta supaya Aliff melupakan hasratnya meletakkan patung tersebut di dalam rumah.

Pelbagai komen yang lebih kurang sama menyeru tindakan Aliff namun setakat ini belum ada apa-apa tindak balas daripadanya ke atas komen-komen tersebut.

Memang benar teguran netizen itu, Islam melarang penganutnya membawa masuk patung ke dalam rumah walaupun untuk hiasan.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ada menyebut, “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada patung dan lukisan.”

Semoga Aliff dapat mempertimbangkan sebaik-baiknya teguran netizen kali ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen