Hiburan Sensasi Terkini

Datuk Rossa Menangis Saat Adele Dendangkan Lagu Hello

Penyanyi Indonesia yang popular di Malaysia, Datuk Rossa mengakui saat penyanyi antarabangsa Adele menyampaikan lagu berjudul Hello, dia terus mengalirkan air mata kerana terlalu tersentuh.

Penyanyi kecil molek yang ditemui oleh pihak media Indonesia ketika majlis sidang akhbar konsertnya yang bakal berlangsung pada 13 April nanti di Jakarta.

Mengimbas kembali ketika hadir di konsert penyanyi berasal dari London itu di Melbourne, Australia baru-baru ini, menurut Rossa dia begitu teruja dan berpuas hati dapat menyaksikan penyanyi kesukaannya itu.

Menurut Rossa, Adele adalah penyanyi yang luar biasa dan banyak memberikannya inspirasi dalam kariernya. Katanya lagi, dia seolah-olah khayal ketika persembahan Adele kerana terlalu gembira.

Malah dia akui terkasima dengan penampilan Adele malah air matanya terus mengalir saat Adele hanya mengungkapkan lirik ‘hello, it’s me’.

Penyanyi sebagus Rossa pun ada penyanyi idolanya sendiri. Adele sememangnya penyanyi bertaraf antarabangsa yang paling berjaya pada dekad ini.

Suaranya menjadi igauan setiap peminat. Jadi tidak hairanlah kalau dia mepunyai jutaan peminat seluruh dunia.-KLICK.MY

Tag