Sukan Terkini Viral

Lee Chong Wei Nafi Dirinya Dalam Video Seks Tular

KELMARIN tersebar sebuah video seks yang didakwa milik pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bersama seorang wanita yang tidak dikenali.

Video itu tular di media sosial sehingga memburukkan nama tokoh sukan tersebut.

Walau bagaimanapun ketika ditanya pihak media, Chong Wei menafikan dirinya terbabit dengan video berkenaan.

Menurut Chong Wei, video seks itu mungkin salah satu taktik kotor pihak tertentu yang mahu melihat dirinya gagal terutama menjelang tayangan filem biografinya bertajuk ‘Menjulang Kejuaraan’ bulan depan.

“Ini tidak masuk akal, kamu sendiri boleh lihat video itu dan sekali pandang kamu boleh tahu itu bukan saya.

“Ramai orang menghubungi saya bertanyakan mengenai perkara ini tetapi saya hanya ketawa. Namun saya membuat laporan polis mengenainya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini,” kata Chong Wei, dalam laporan disiarkan BH Online.

Chong Wei menyatakan dia sudah lali menjadi mangsa tuduhan tetapi kali ini menganggapnya sebagai keterlaluan.

“Pasti akan ada orang yang tidak suka dengan kejayaan yang kamu kecapi dan ini salah satu cara mereka mahu menjatuhkan kamu. Namun ada masanya ia sudah keterlaluan,” katanya.

Adat orang terkenal dan berjaya, ada saja pihak yang dengki.–KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen