Gaya Hidup Terkini

Datuk K Jumpa Mufti Wilayah Persekutuan Minta Tahnik Anak

BARU-BARU ini suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, telah hadir ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Datuk K dikatakan hadir ke sana untuk menyampaikan hajat mahu mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dzulkifli al-Bakri bagi menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya, hujung minggu ini.

Perkhabaran itu dikongsikan wakil syarikat Kumpulan Media Karangkraf, Ahmad Yani di Facebooknya.

“Alhamdulillah Siti Nurhaliza dan baby sihat serta masih di hospital…” ujar Datuk K penuh kegembiraan semasa bertemu di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Datuk K nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.

Buat sementara, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah Az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW.

Apakah nama penuh cahayamata sulung penyanyi no 1 negara ini, sama-sama kita tunggu makluman rasmi yang dibuat pada majlis aqiqah nanti.. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.