Hiburan Sensasi Terkini

Dato’ Siti Nurhaliza Rakam Lagu Terakhir Untuk Album Terbaharu

Pasti berita gembira ini membuatkan peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza melonjak keriangan dan tidak sabar menanti saat album baharu penyanyi pujaan ramai ini berada di pasaran.

Maklumlah sudah lama penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tidak keluar dengan album baharu. Kali terakhir albumnya diterbitkan ialah pada tahun 2014 berjudul Fragmen.

Sejak 2016 lalu Siti Nurhaliza bertungkus-lumus mencari lagu-lagu baru untuk album terbaharunya. Sebanyak 300 buah lagu telah dikumpul dan disaring dan hanya 10 buah lagu terpilih.

Kini, penyanyi nombor satu Malaysia ini memuat naik status di Instagramnya mengatakan dia sedang merakam lagu terakhir untuk albumnya ini. Ini bermakna album tersebut hampir siap dan khabarnya bakal berada di pasaran pada Mei 2017.

Rata-rata peminat tidak sabar lagi menunggu album ini setelah tiga tahun menunggu. Maklumlah, Siti Nurhaliza tidak pernah mengecewakan peminat setiap kali album baharunya diterbitkan.-KLICK.MY