Selebriti Sensasi Terkini Viral

Dato’ Seri Vida Sah Bercerai Dengan Suami

Sugul wajah pengasas Vida Beauty, Dato’ Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida apabila dia mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.

Dia memuat naik gambar berserta kapsyen di Instagram mengesahkan perceraian tersebut. Sebelum ini, kecoh di laman sosial mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah bercerai.

Namun ketika itu, Dato’ Seri Vida mahu pun suami tidak mahu memberi komen berlebihan mengenai desas-desus itu. Namun hari ini, segala-galanya telah terjawab.

Dato’ Seri Vida berkata, dia bersama bekas suaminya itu hadir ke Mahkamah Syariah Perak pagi tadi untuk proses lafaz cerai selepas sudah menfailkan permohonan perceraian beberapa minggu lalu.

Ketika diminta mengulas punca masalah dan keretakan rumah tangganya sehingga bercerai, dia berkata, punca perceraian adalah disebabkan tidak mempunyai persefahaman lagi antara mereka.

Mungkin jodoh antara mereka sampai setakat itu sahaja. Apa-apa pun kami di sini mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.-KLICK.MY

Sumber: Harian Metro