Sensasi Terkini Viral

Dato Aliff Syukri Diselar Kejam, Kurung Kucing Dalam Tandas

Pengasas D’Herbs Healthy Sdn. Bhd, Dato Aliff Syukri diselar berlaku kejam terhadap haiwan peliharaannya, kucing baka serval iaitu kucing liar apabila mengurung kucing itu di dalam tandas.

Dia memuat naik video di laman Instagram miliknya @aliffsyukriterlajaklaris, yang menunjukkan dia memberi makan ayam mentah kepada kucing bernama Dodi itu di dalam tandas namun Dodi kelihatan resah, liar dan tidak gembira.

Menurut netizen yang mendakwa pencinta kucing dan mempunyai pengalaman membela kucing, di mata Dodi jelas menunjukkan kucing itu tersiksa dan tidak selesa dikurung dalam tandas yang sempit itu.

Aliff Syukri menulis, dia telah mencuba sedaya upaya menjinakkan kucing itu namun masih gagal.

“Siapa sudi jinakkan kucing saya??aku cuba jinak kan kau @kucing_ajaib tapi aku gagal? aku hampir diterkam?siapakah sanggup nak beli dodi saya nak jual rm50k dgn permit dia dah berusia 2tahun kalau ambik dgn bedah saya jual rm90k”

Dia dikecam ramai pencinta haiwan sebagai kejam dan tidak berilmu untuk menjaga haiwan.

Netizen turut mempertikaikan niat usahawan kosmetik itu membeli Dodi dengan harga puluhan ribu hanya untuk membuktikan dia mampu dan kaya tetapi apabila gagal menjinakkan, Aliff Syukri ingin lepas tangan pula.

Ada yang berkata, sebelum dia membela haiwan sepatutnya dia menjalankan kajian dan belajar mengenai cara menjaga haiwan agar tidak berlaku kezaliman.

Usahawan itu mendakwa dia telah menghabiskan hampir RM10,000 untuk menjinakkan dodi dan dibalas oleh netizen, walaupun berhabis RM10 juta sekalipun, kucing liar jenis pemangsa ini tidak sepatutnya dijadikan haiwan peliharaan di rumah sebaliknya perlu dilepas bebas.

Anda nilailah sendiri video ini.

Selepas posting itu menjadi perhatian ramai, dia yang menerima beratus-ratus komen mendakwa turut mendapat lebih 1,000 pesanan di Whatsapp dari pelbagai orang yang memberi tips cara menjinakkan Dodi, antaranya menyarankan memberi air liur Aliff untuk diminum oleh Dodi setiap hari.

Selepas mendapat perkongsian itu, Aliff Syukri membatalkan hasratnya untuk menjual kucing berkenaan. –KLICK.MY