Hiburan

“Dapat Seorang Pun Sudah Memadai”-Siti Elizad Doa Dikurniakan Anak

SUDAH hampir empat tahun pelakon Siti Elizad Sharifuddin mendirikan rumah tangga dengan suami, Shamsul Baharin Rahman. Namun mereka masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata bersama.

Justeru, kesempatan berada di Tanah Suci Makkah digunakan oleh Elizad dan suami untuk memohon doa agar dikurniakan cahaya mata.

Elizad berkongsi doanya di Instagram selain memuat naik foto dia sedang mendukung seorang kanak-kanak bernama Ariana.

Menurut Elizad, dia kalau memiliki seorang anak pun sudah memadai buatnya dan suami. Malah dia juga sempat mendoakan untuk para isteri yang senasib dengannya.

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan daripada hamba-hambaMu.

“Doakan kami punya zuriat yang sihat, cantik dan sempurna ya semua. Dapat sorang pun sudah memadai sangat-sangat. Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya. Moga punya rezeki buat kita semua,” tulisnya.

Semoga doa yang dipanjatkannya dimakbulkan Allah SWT hendaknya. –KLICK.MY