Luar Negara

Dapat Hantaran Mewah, Wanita Bakal Berkahwin Lelaki Warga Emas

DARI mata turun ke hati. Namun, apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia ini bolehkah dikatakan seperti itu?

Seorang wanita berusia 30 tahun, Andi Sulfaidah bakal berkahwin dengan lelaki berusia 70 tahun, Alwi Daeng Makkelo.

Namun, apa yang menjadi bualan selain jarak umur yang jauh ialah hantaran mewah yang diterima oleh pihak perempuan daripada pihak lelaki.

Pihak lelaki memberi hantaran sebuah kereta Honda, sebuah rumah di atas nama Andi, barang kemas dan wang tunai Rp200 juta (RM56,524.94).

“Ya betul ada warga di Kecamatan Cina yang mengesahkan maharnya kelmarin. Akad nikah bakal diadakan pada 19 Ogos ini,” kata pendaftar pernikahan di Kecamatan Cina, Bone, Indonesia, Andi Ilham.

Lamaran telah dibuat pada Rabu di Dusun Bulu Dua, Desa Tanete Harapan, Kecamatan Cina, Bone.

Pihak lelaki telah mencapai kesepakatan dengan keluarga pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun mahar dan hantaran lain yang dipersetujui telah tular dan menjadi perbualan netizen.

Semuanya telah diserahkan dan sah menjadi milik gadis berkenaan. –KLICK.MY

 

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.