Hiburan Sensasi Terkini

Dalam Diam Rupanya Fouziah Gous Bergelar Datin, Ini Buktinya!

PELAKON Nor Fouziah Mohd Gous atau lebih dikenali sebagai Fouziah Gous telah memuat naik gambar keratan akhbar menunjukkan pencapaian yang diterima oleh suaminya, Mohd Zhafran Md Yusof di IG Stories.

Namun, apa yang menjadi perhatian gelaran yang tertera pada nama suaminya iaitu Datuk.

Sudah pasti ramai yang terkejut kerana Fouziah tidak pernah menguar-uarkan pangkat yang ada pada suaminya itu.

Malah, dirinya juga secara automatik mendapat gelaran datin. Rata-rata memuji Fouziah kerana tidak menunjuk-nunjuk gelaran yang ada.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang anak berusia empat bulan lebih dan tiga tahun.

Selepas ini ramailah yang mula panggil Datin Fouziah Gaus. Apapun, kami doakan semoga pelakon tinggi lampai ini dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen