Terkini Viral

Dakwa ‘Tak Mati’ Paderi Beri Pengikut Racun Tikus

Seorang paderi dari Soshaguve, Afrika Selatan yang terlalu yakin dengan ajarannya yang didakwa boleh menghalang seseorang daripada mati, melakukan satu tindakan bodoh yang pasti sukar dimaafkan keluarga yang terlibat.

Bagi membuktikan dakwaannya, Light Monyeki pada 4 Februari yang lalu mengadakan upacara High Place Conference di mana dia bertindak memberikan para pengikutnya air minuman yang dicampur dengan ‘Rattax’, sejenis racun tikus.

Sebelum itu Monyeki sempat mengeluarkan kenyataan, “Kita tidak perlu bergantung kepada kepercayaan kerana kita percaya. Kematian tiada kuasa terhadap kita”.

Monyeki kemudiannya meneguk air yang mengandungi racun tikus. Melihatkan perkara itu beberapa pengikut yang taksub lantas ke depan dan meniru perbuatannya.

Menjelang petang hari yang sama, para pengikut terbabit mula berasa sakit perut sebelum lima daripada mereka maut manakala 13 lagi dikejarkan ke hospital.

Walau bagaimanapun Monyeki enggan bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku atas alasan yang disimpulkannya, “Terlalu banyak perkara baik yang boleh juga menjadi sebaliknya”.

Susulan itu, kes ini disiasat pihak berkuasa namun malangnya Monyeki tidak dipersalahkan atas insiden berkenaan kerana pengikutnya yang mati dianggap meminum racun tikus secara sukarela. -KLICK.MY