Sensasi Terkini Viral

Dahsyat, Lapan Tahun Tinggal Kamera Di Kutub Utara, Lihat Hasilnya

Dahsyat! Lapan tahun meninggalkan kamera di Kutub Utara, dua orang jurugambar professional berjaya merakamkan runtuhan glasier terbesar dalam sejarah dan ia amat menakutkan mereka.

Adam LeWinter dan Jeff Orlowski menggunakan teknik time-lapse dengan membiarkan kamera-kamera mereka di sana untuk tujuan filem dokumentari mengenai pemanasan global.


Di dalam filem dokumentari yang berjudul Chasing Ice ini, sebuah bongkah glasier yang besar telah dirakamkan runtuh secara tiba-tiba di hadapan mata mereka.

Saat-saat yang menakjubkan dan menjadi sejarah terbesar itu berjaya dirakamkan kereka di Greenland Barat pada tahun 2008.

Dengan isipadunya yang mencapai sehingga 7.4 kubik kilometer, ketebalan 910 meter dan puncak setinggi 120 dari paras laut, ianya memang merupakan sebuah glasier yang paling besar pernah dilihat mencair di hadapan mata mereka.

Filem dokumentari yang dikeluarkan pada tahun 2012 itu menceritakan, bagaimana dahsyat dan mengerikannya kesan dari runtuhnya glasier di Kutub Utara yang membuat Bumi menjadi semakin panas.

Filem dokumentari Chasing Ice telah berjaya meraih lebih dari 30 penghargaan di pelbagai festival, termasuk Award of Excellence in Cinematography di Festival Film Sundance 2012 dan The Best Documentary dari International Press Association. –KLICK.MY

Tag