Sensasi Terkini Viral

Cyst Seberat 33kg Berjaya Dikeluarkan Dari Perut Seorang Wanita

Nak kata wanita ini mengandung, tiada tanda-tanda dia mengandung kecuali perutnya semakin membesar dari hari ke hari.

Namun setelah imbasan dilakukan oleh doktor, rupa-rupanya terdapat cyst seberat 33 kilogram di dalam perut wanita berkenaan. Pembedahan perlu dilakukan segera untuk menyalamatkan nyawa wanita ini.

Berat cyst tersebut bersamaan dengan berat 10 bayi baru lahir atau lebih kurang berat seorang budak berusia 10 tahun.

Wanita Mexico yang tidak mahu namanya diketahui itu pada mulanya terkejut kenapa perutnya terus membesar sedangkan dia mengamalkan diet. Malah berat badannya juga semakin bertambah.

Tekanan daripada cyst tersebut telah menyebabkan dia menghadapi kesukaran berjalan, bernafas dan makan akibat daripada mampatan terhadap organnya.

Pembedahan telah dilakukan pada tahun lepas namun baru kini butiran pembedahan boleh didedahkan setelah wanita itu sudah sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa.-KLICK.MY

Tag