Hiburan Selebriti Sensasi Terkini Viral

Cupcake Lucah? Nadiyah Shahab beri penjelasan

Belum reda dengan isu baling bunga seakan-akan meniru budaya barat, pelakon Nelydia Senrose sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila majlis Bachelorette Party yang diadakan untuknya menerima kecaman netizen.

 

Ini kerana beberapa video dan gambar cupcakes berbentuk kemaluan dan payudara wanita dimuat naik menerusi IG Story Nadiah Shahab, artis dan juga kenalan rapat Nelydia Sensrose yang menghadiri majlis tersebut.

Majlis yang turut dihadiri beberapa rakan artis dan kenalan terdekat Nelydia tersebut bertemakan baju tidur iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’ dan diadakan secara mengejut bagi meraikan Nelydia yang bakal mengakhiri zaman bujangnya.

“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan,” ulas pelakon Nadiyah Shahab mengenai kontroversi cupcake berhias ‘alat sulit’ yang dihidangkan dalam majlis tersebut.

Nadiyah yang turut hadir dalam majlis tersebut menjelaskan bahawa kek cawan tersebut disediakan oleh pihak catering yang dilantik dan sekadar menurut tema majlis yang diadakan.

“Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menggangap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majis itu.”

Menurutnya lagi, dia berasa terpanggil untuk menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan pandangan serong netizen yang mungkin mengaitkan majlis tersebut dengan parti liar.

“Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita penyayang.”

“Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia”, ulasnya lagi.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Diharapkan semua pihak yang terlibat dapat mengambil iktibar dan memastikan setiap perkara yang ingin dilakukan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan agama walaupun atas tiket ingin bergurau atau hanya suka-suka.

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.