Hiburan Sensasi Terkini

Cuba Pisahkan Ibu Dengan Anaknya, Langkah Mayat Aku Dulu-Fasha Sandha

Nampak gayanya kemarahan Fasha Sandha terus meluap-luap. Kalau sebelum ini kes bekas suami yang sering menganggunya, namun kini kenyataan Fasha di Instagram mengenai anak pula.

Mungkin ada yang cuba menganggu hubungannya dengan anak-anak membuatkan pelakon serba boleh ini menaikkan status amaran di laman sosial tersebut.

Anakku,syurga dunia akhiratku.. aku yang mengandungkan anak2 aku, Aku yang bersusah payah bersengkang mata siang malam membesarkan 2 anak aku, Aku yang berjaga di waktu malam ketika mereka sakit, Aku yang mengorbankan masaku demi 2 anakku, Aku yang bertarung nyawa melahirkan ke 2 anakku, Aku yang mengorbankan badanku, seluruh nyawa demi anakku., Jadi jangan ada manusia busuk hati , hati hitam, cuba untuk mengambil anak2 aku. Baik sekarang, mahupun apabila mereka besar nanti. . . Harus diingat, anak2 ini membesar dengan keringat aku, dengan duit simpanan aku, tanpa meminta belas kasihan daripada sesiapa Tanpa ‘menagih simpati’ Kerana Aku adalah aku! NUR FASHA SANDHA.? Cuba pisahkan ibu dengan anaknya Langkah mayat aku dulu. ? . *Pesanan ini TIDAK ditujukan kepada sesiapa, kalau ada yang terasa, tu kau punya masalah. Sbb dah banyak makan cili, selalu sangat rasa pedas. Bila banyak sgt buat hal dan malu, macam2 yang bermain dalam otakMu. Ini hanya quote pagi yang aku karang sendiri. ? Aku nak salute pada ibu2 tunggal yang bukan jenis nak meraih simpati,yang independent dan kuat bekerja! Ingat ni, WANITA MAMPU KUASAI DUNIA!

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Walaupun katanya amaran tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa, namun sudah tentu ramai yang tahu apa ia ditujukan kepada siapa.

Coretan yang agak panjang itu menzahirkan apa yang ditanggung dan disimpan oleh Fasha Sandha selama ini.

Malah, dia turut menegaskan kedua-dua anaknya dibesarkan hasil titik peluhnya dan dia sedikit pun tidak pernah meminta belas kasihan daripada sesiapa.

Seperti biasa, kenyataan Fasha itu mendapat sokongan daripada ‘followers’. Malah ada yang mendakwa mereka senasib dengan pelakon ini.

Dalam ucapannya itu juga, dia tabik dengan ibu-ibu tunggal yang mampu berdikari dan kuat bekerja. Semoga pelakon jelita ini dapat menyelesaikan kemelut yang dilalui dan terus cekal.-KLICK.MY