Semasa Sensasi Terkini

Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Miliki 100 Juta Followers Di Instagram

Pemain bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo ternyata bukan sahaja hebat di padang namun dia juga hebat di laman Instagram.

Berasal dari Portugal dan kini menyertai kelab Real Madrid, bintang ini mencipta rekod sebagai atlet pertama yang memiliki 100 juta followers (pengikut) di Instagram.

Ronaldo juga menjadi orang kelima yang mendapat 100 juta followers selepas Beyonce, Taylor Swift, Ariana Grande dan Selena Gomez.

Namun begitu, Ronaldo menjadi orang pertama dengan jumlah followers terbanyak di media sosial andai digabungkan antara Instagram dan Facebook. Malah, Facebooknya mempunyai lebih 120 juta followers.

Ronaldo banyak memuat naik gambar-gambarnya sedang beraksi di padang di Instagram. Selain itu, ada juga gambar-gambar peribadi, anak dan aktiviti sosialnya dipamerkan di laman sosial tersebut.

Gambar yang paling banyak mendapat ‘like’ iaitu sebanyak 3.9 juta adalah gambar yang memperlihatkan dia sedang duduk di atas kereta Bugatti pada Februari lalu.

Semoga pemain bola terhandal ini terus berjaya dalam lapangan yang diceburi. Aksinya di padang bukan sahaja mengagumkan tetapi juga menghiburkan.-KLICK.MY