Hiburan Terkini

Comel Gila! Sari Yanti Menari Panama Dance Versi Ibu Hamil

DIAM tak diam dah setahun pelakon Sari Yanti bergelar isteri kepada pelawak Jep Sepahtu dan kini sedang sarat hamil.

Meskipun sarat membawa perut yang sudah besar, pelakon itu masih mampu meluangkan masa menjalani satu sesi bergambar bersama jurugambar fesyen, Annas Easkay.

Sari Yanti turut memuat naik sekeping gambar  terbaharunya di laman Instagram.

Rata-rata peminat memuji kecantikan isteri Jep itu meskipun berbadan besar dari biasa. Mereka turut mendoakan dia selamat sepanjang proses hamil hinggalah melahirkan.

 

Sementara itu, Annas turut berkongsi kisah lucu di belakang tabir ketika melakukan sesi ‘photo shoot’ itu di laman Instagramnya sekaligus memuat naik video Sari Yanti menari tarian yang sedang popular kini, Panama Dance.

Lihat video di bawah:

 

Memang sangat comel sekali aksi mak buyung yang sebenarnya tidak menyedari tarian dilakukan itu untuk lagu Panama Dance.

Ramai netizen terhibur dan memuji kecomelan Sari Yanti yang berbadan kecil molek itu ketika menari.

Semoga Sari Yanti dan Jep dikurniakan rumahtangga yang bahagia serta zuriat yang soleh dan solehah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.