Sensasi Terkini Viral

Comel, Anjing Polis Dipecat Sebab Suka Bermanja

Manja pun salah garang pun salah. Sebenarnya sifat atau kelakuan tersebut perlu kena pada tempatnya. Sekiranya tidak kena, maka anda tidak sesuai untuk menggalas tanggungjawab itu.

Begitulah yang terjadi kepada seekor anjing polis yang terpaksa dipecat kerana sifatnya yang suka bermanja.

Mungkin agak tidak rasional alasan yang digunakan untuk memecat anjing tersebut. Namun itulah hakikatnya.

Menurut laporan portal Mirror, anjing yang berusia satu tahun itu terpaksa dilucutkan jawatan gara-gara terlalu mesra untuk berada dalam pasukan polis.

Anjing yang diberi nama Gavel itu suka bergolek-golek dan diusap di bahagian perut berbanding menjalankan tugasnya.

Malah Gavel yang masih dalam tempoh latihan, gagal terpilih ke peringkat akhir bagi meneruskan khidmat dalam Perkhidmatan Polis Queensland, Australia.

Sungguhpun begitu, Gavel dikira masih bertuah kerana ditawarkan pekerjaan baharu iaitu sebagai penyambut tetamu di Rumah Kerajaan Brisbane dan kini bergelar anjing rasmi Gabenor Paul de Jersey.

Inilah orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam.—KLICK.MY

Tag