Gaya Hidup

Cinta Songsang, Anak Perempuan Jackie Chan Kahwin Sejenis

PADA April lalu, anak perempuan kepada pelakon legenda Hong Kong Jackie Chan, Etta Ng Chok Lam dan kekasih lesbiannya pernah pernah meminta bantuan orang ramai di YouTube sehingga tular.

Dalam video itu, Ng dan Autumn berkongsi kesusahan hidup mereka hingga mungkin akan kehilangan tempat tinggal selain menyalahkan kedua ibu bapanya. Dakwaan Ng itu dikecam ibunya Elaine Ng.

Berkaitan: Anak Perempuan Jackie Chan Merempat Akibat Gaya Hidup Homoseksual

Setelah beberapa bulan, akhirnya Ng yang berusia 19 tahun mengesahkan sudah berkahwin dengan Auntumn yang juga merupakan selebriti internet warga Kanada.

Ng memuat naik gambar perkahwinannya bersama pasangan yang masing-masing mengenakan gaun pengantin putih di Instagram sambil memegang sijil perkahwinan bertarikh 8 November 2018.

Pada gambar itu juga tertera tulisan Ng “disatukan oleh undang-undang dan cinta, di hari perkahwinan kami”.

Ramai pengguna internet turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu di Instagram termasuk di Weibo.

Ng adalah anak perempuan Jackie Chan dengan pelakon dan bekas ratu cantik Elaine Ng Yi Lei, yang mendedahkan kehamilannya hasil hubungan sulit dengan Chan pada 1999. Pasangan itu tidak berkahwin.

Ng dan Autumn mula intim pada 2017 dan berpindah ke Kanada pada Oktober tahun yang sama. Hubungan itu bagaimanapun tidak mendapat restu ibu bapa mereka. –KLICK.MY