Sensasi Terkini Viral

Che Ta Raya Sakan Dengan 110 Pasang Baju Raya, Aaisyah 30 Pasang

Pelakon dan ahli perniagaan jelita, Che Ta berkata dia akan memperagakan 110 pasang baju raya pada Aidilfitri nanti manakala anaknya Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 30 pasang.

Sebelum dikecam riak dan membazir, Che Ta terlebih dahulu menjelaskan, sebagai duta pakaian jenama Minaz yang dilantik bagi tempoh setahun, pihak tersebut menajanya 94 pasang pakaian belainan rekaan secara percuma.

“Tahun lalu saya dikecam gara-gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga.

“Aaisyah turut menerima 30 pasang baju daripada Minaz untuk digayakan ketika Aidilfitri”, ujarnya kepada BH Plus.

Beruntungnya Che Ta maklumlah potongan badan Che Ta berbentuk jam gelas itu kalah anak dara.

Selain daripada baju tajaan, pelakon berasal dari Kedah itu turut menempah khas baju raya tambahan daripada pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini yang semestinya sedondon untuk seisi keluarganya.

Pastinya peminat dan haters Che Ta tidak sabar dan teruja untuk melihat koleksi-koleksi baju raya yang akan dipakai oleh Che Ta yang pastinya dimuat naik di laman sosial miliknya nanti.

Bertabahlah Che Ta menerima komen negatif kerana mustahil untuk Che Ta memuaskan hati semua orang, betul tak? –KLICK.MY

Sumber: BH Plus