Hiburan Sensasi Terkini

Che Ta Nafi Sindir Rita Rudaini Dengan Gelaran Betina

Ketika kisah kontroversi antara Aqasha dan Rita Rudaini berlegar, pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta terpalit sama gara-gara kenyataannya yang dianggap kasar dan biadap dalam Instagram milik isteri Aqasha.

Mungkin ketika itu dia tidak sempat memberi jawapan balas kerana bercuti ke London. Menurut Che Ta, dia tiada niat untuk menyindir Rita kerana tidak pernah ada sebarang masalah dengan pelakon berkenaan.

Malah, dia tidak tahu wanita yang dimaksudkan oleh Baizura (isteri Aqasha) adalah Rita Rudaini.

“Sejujurnya, saya tidak tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Saya tak tahu langsung hujung pangkal cerita. Saya juga tidak mengenali siapa Baizura.

“Namun begitu, apabila ada orang tag saya di laman Instagram Baizura, saya hanya membaca apa yang berlaku dan meninggalkan komen secara umum.

“Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda.

“Ingin saya jelaskan yang saya tak tahu secara terperinci apa yang sedang berlaku. Siapa yang terlibat dalam hal ini pun saya tak tahu pada mulanya kerana saya memberikan komen secara general menerusi sudut pandang seorang wanita. Saya sendiri tiada isu dengan Rita.

“Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan,” katanya.

Moga penjelasan Che Ta ini dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku sebelum ini. Namun percayalah, pasti ada pihak yang akan mempersoalkan kesahihan pengakuan Che Ta ini.-KLICK.MY

Sumber: Astro Gempak.

Tag